Thursday, March 28, 2013

Kata-Kata semangat untuk aku!!

1. ''Hanya mereka yang berani gagal dapat meraih kejayaan.''
2. "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
3. "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah  mengalah''
4.  "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
5. "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."
6. "Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."
7. "Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan kepada usaha yang besar."
8. "Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."
9. "Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai."
10. "Bukti yang paling jelas tentang ketajaman akal fikiran seseorang ialah apabila ia dapat mempernyatakan apa yang ia mahu dengan secara ringkas."
11. "Berfikir itu cahaya, kelalaian itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang yang menganiaya orang bawahannya."
12. "Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya."
13.  "Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."
14. "Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya."
15.  "Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah."

No comments:

Post a Comment